CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 12, 2008

Lagenda Permainan Kuda Kepang



Mengikut legendanya , permainan kuda kepang bermula daripada permainan kanak-kanak penjaga kambing. Mengikut ceritanya, terdapat beberapa orang kanak-kanak jawa gemar meniru lagak para pahlawan jawa, mereka bermain kuda-kudaan yang diperbuat daripada pelepah kelapa yang dianyam berbentuk kuda-kudaan. Mereka sering melakukannya untuk mengisi masa lapang terutama ketika menjaga kambing. Tarian yang mereka lakunkan adalah meniru lagak pahlawan menunggang kuda manakala kambing-kambing mereka jadikan musuh yang perlu dikawal agar tidak merayau sehingga memusnahkan tanaman penduduk kampung. Mereka juga menggunakan cemeti untuk mengawal kambing-kambing tersebut. Permainan ini telah menarik perhatian seorang pendakwah islam(dipercayai pendakwah tersebut berasal daripada Daerah Aceh ) yang sering memerhatikan lagak kanak-kanak tersebut. Pendakwah tersebut telah mempergunakan tarian ini untuk mendekati kanak-kanak tersebut seterusnya menerapkan dan memperkembangkan ajaran Islam. Tidak lama selepas peristiwa tersebut Maharaja Majapahit (ketika itu dibawah pimpinan Perdana Menteri Patih Gajah Mada ) mengadakan pertandingan permainan padang tanpa menggunakan sebarang alatan yang diperbuat daripada bahan logam ataupun besi. Tarian kuda kepang telah menyertai pertandingan tersebut dan telah berjaya menjadi juaranya , ini kerana semua peralatan awal yang digunakan diperbuat tanpa menggunakan bahan logam mahupun besi, misalnya kuda-kudaan , diperbuat daripada buluh yang dianyam berbentuk badan kuda . “Kuda- kepang” sebenarnya bermaksud “ kuda anyaman”. Gendang diperbuat daripada kayu dan kulit kambing (seperti yang terlihat sekarang ) . Gong diperbuat daripada tampayan dan kulit kambing , manakala kenong diperbuat daripada kayu dan angklong diperbuat daripada buluh , pendek-kata semua peralatan diperbuat tanpa bahan logam. Sejak dari itu permainan kuda kepang telah diiktiraf sebagai permainan diraja. Adalah dipercayai pendakwah tersebut telah mengubahsuai bentuk tarian tersebut kepada bentuk yang sedia ada seperti yang terlihat sekarang.

0 comments: