CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, March 19, 2008

Pantun Pecah Perut..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap...

Jom Gelak Nak..


Salah Naik Bas..

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."


Sudu

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.

Doktor: Kenapa?

Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.


Kuda Kenyang

Cikgu : Abu! Lukisan apa yang kau buat nie..? Kosong jer.

Abu : Kuda makan rumput, cikgu.

Cikgu : Mana rumputnya?

Abu : Kuda dah abis makan, cikgu.

Cikgu : Mana kudanya?

Abu : Kuda dah kenyang. Dia dah balik kandang...


Teka Teki.

Teka-teki :HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??

Jawapan :SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .


Teka-teki :APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG

Jawapan :SELUAR DALAM LERRR


Teka-teki :antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?Jawapan :kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...


Teka-teki :byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?

Jawapan :kotak penaltilah wawawa


Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar teka teka kalo terrer... ..! !Jawapan :selipar maner boley buat gali tanah... ... gune cangkol lar huehuehueheu! !


Teka-teki :Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe... .)

Jawapan : mata lah jawapan nyer...


Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia?

Jawapan :Koboi naik kuda bawa ayam.


Teka-teki :MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.

Jawapan :LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY


Teka-teki :scorpion kaler apa?

Jawapan :kala jengking la..


Teka-teki :lm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip

Jawapan :kerani


Teka-teki :Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?

Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri


Teka-teki :4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?

Jawapan :sbab tak hujan

Tuesday, March 18, 2008

Lirik Lagu Kelakar..

Ayo...konco-konco kita nonton kuda kepang
Cik cik nong cik cik gung


Ayo...konco-konco nontonnya jangan dekat-dekat
Awas-awas awas-awaskuda kepang lagi kesurupan

Cik cik nong cik cik gung
Pang..pang..pang..kuda kepangMakan padi makan rumputmakan beling

Pang..pang..pang..kepang-kepang kuda larisambil lompat-lompatan

Hello...Hello..


Hai semua, ape khabar??Ha, bez tak bile dengar tentang kuda kepang??Naper xsuker??bez lar..pe yang beznyer ek??ha ni nak kongsi pengalaman ni..masa tu duduk kat Johor, kat Bandar Tenggara, tapi sekarang pun masih duduk Johor, hehehe, kat Batu Pahat la plak..nak tau tak,dulu mase kecik, mak ayah rajin bawak pegi tengok tarian kuda kepang ni tau. yela, dah duduk Johor, rajin lar kumpulan-kumpulan kuda kepang ni buat persembahan, masa tu pulak mak ayah masih mude, ha, die bawak lar anak dorang yang comey ni,hehehe...Bile tau nak pegi tengok kuda kepang, rasa suker sangat, seronok jew lebih kan..selalunyer memang ramai sangat orang yang datang tengok..

Nak dipanjangkan cerita, bile alat permainan kuda kepang dimainkan, rasa seronok bangat, tengok kumpulan kuda kepang ni menari, bez.. tapi kan, bile dah lame-lame tu keadaan jadi cam kecoh, jadi cam xtentu arah, kite pon da nek takut..kumpulan kuda kepang ni kan makin tak dapat dikawal. ada yang terbang, ha jangan tak percaye, ada yang makan kaca, ada yang berjalan atas bara api..ei, takut sangat masa tu..kata orang, tarian ini ada semangat, ada roh yang akan masuk dalam badan pemain, tu yang diorang xsedar diri n jadi cam kebal..

Itulah sekali dalam hidup tengok tarian kuda kepang,hehe..sekarang ni lame dah tak tengok..xbez sangat pon pengalaman kite tentang tarian ni..tapi serius cakap, memang seram, kalu yang lemah semangat tu tengok jela tarian lain, zapin ker,hehe..bukan ape, takut nati makin lemah semangat tu..

Dalam blog ni adala info sikit tentang kuda kepang..hehe..ha, kalu anda ada pengalaman tentang kuda kepang atau apa-apa pun, leh lar share ek..saya takder masalah punyer...

PERHATIAN : Bahasa slanga yang digunakan di atas tidak sesuai digunakan dalam situasi rasmi..Harap Maklum..

Wednesday, March 12, 2008

Istiadat Permainan Kuda Kepang


Setiap kali permainan Kuda Kepang dimainkan terdapat beberapa syarat atau peratura yang perlu diikuti. Ini adalah untuk menjamin keselamatan para penonton dan juga para pemain. Permainan Kuda Kepang mestilah dimulakan dengan istiadat membuka gelanggang. Selain itu sajian untuk pemain mestilah disediakan misalnya bunga kenanga, minyak wangi tanpa alcohol , dan beberapa jenis kuih ataupun buah-buahan. Sebaik selesai permainan, acara penutup gelanggang mestilah dilakukan. Ini untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku ke atas tuan rumah yang menganjurkan permainan tersebut.

Lagenda Permainan Kuda Kepang



Mengikut legendanya , permainan kuda kepang bermula daripada permainan kanak-kanak penjaga kambing. Mengikut ceritanya, terdapat beberapa orang kanak-kanak jawa gemar meniru lagak para pahlawan jawa, mereka bermain kuda-kudaan yang diperbuat daripada pelepah kelapa yang dianyam berbentuk kuda-kudaan. Mereka sering melakukannya untuk mengisi masa lapang terutama ketika menjaga kambing. Tarian yang mereka lakunkan adalah meniru lagak pahlawan menunggang kuda manakala kambing-kambing mereka jadikan musuh yang perlu dikawal agar tidak merayau sehingga memusnahkan tanaman penduduk kampung. Mereka juga menggunakan cemeti untuk mengawal kambing-kambing tersebut. Permainan ini telah menarik perhatian seorang pendakwah islam(dipercayai pendakwah tersebut berasal daripada Daerah Aceh ) yang sering memerhatikan lagak kanak-kanak tersebut. Pendakwah tersebut telah mempergunakan tarian ini untuk mendekati kanak-kanak tersebut seterusnya menerapkan dan memperkembangkan ajaran Islam. Tidak lama selepas peristiwa tersebut Maharaja Majapahit (ketika itu dibawah pimpinan Perdana Menteri Patih Gajah Mada ) mengadakan pertandingan permainan padang tanpa menggunakan sebarang alatan yang diperbuat daripada bahan logam ataupun besi. Tarian kuda kepang telah menyertai pertandingan tersebut dan telah berjaya menjadi juaranya , ini kerana semua peralatan awal yang digunakan diperbuat tanpa menggunakan bahan logam mahupun besi, misalnya kuda-kudaan , diperbuat daripada buluh yang dianyam berbentuk badan kuda . “Kuda- kepang” sebenarnya bermaksud “ kuda anyaman”. Gendang diperbuat daripada kayu dan kulit kambing (seperti yang terlihat sekarang ) . Gong diperbuat daripada tampayan dan kulit kambing , manakala kenong diperbuat daripada kayu dan angklong diperbuat daripada buluh , pendek-kata semua peralatan diperbuat tanpa bahan logam. Sejak dari itu permainan kuda kepang telah diiktiraf sebagai permainan diraja. Adalah dipercayai pendakwah tersebut telah mengubahsuai bentuk tarian tersebut kepada bentuk yang sedia ada seperti yang terlihat sekarang.

Kuda Kepang di Muar

Salah seorang pencinta permainan ini di Pt. Kemang Muar ialah En.Margono bin Hj. Anuar atau lebih mesra dipanggil "Wak Gono". Beliau sudah lama berkecimpung dalam permainan kuda kepang tetapi faktor usia menyebabkan beliau terpaksa melupakan permainan ini. Permainan kuda kepang disebarkan kepada rakan-rakan serta orang-orang kampung dan hingga kini di Kampung Parit Kemang sudah mempunyai sebuah persatuan "Persatuan Kuda Kepang Pt. Kemang Muar".

Menceritakan sejarah awal, beliau yang kini berusia 80 tahun menyatakan kuda kepang berasal dari Tanah Jawa Indonesia dan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh rakyat Indonesia yang berhijrah ke negara ini. Pada mulanya ia hanya permainan biasa seperti "Sepak Raga". Namun sambutan dari penduduk tempatan menyebabkan ia berkembang dari sebuah kampung ke sebuah kampung.